Tuesday, August 9, 2016

MasjidilHaram, Projek Gergasi Terbesar dalam Sejarah Islam.

Assalamualaikum...

Lama tidak menjenguk laman ini. Saya masih di Malaysia menghabiskan masa-masa indah bersama keluarga. Tetapi, sekarang hati sedang membuak-buak rindukan kota suci Makkah. Lebih lagi apabila melihat laporan berita tentang kemasukkan jemaah haji yang sudah tiba di kota makkah dan madinah bagi memulakan perjalanan ibadah haji mereka. Saya doakan semoga ibadah haji tetamu-tetamu ALLAH ini lancar dan memperoleh haji mabrur hendaknya. amin... 

Sepanjang bulan Ramadan yang lepas, agak kerap juga saya solat terawih di bahagian baru Masjidilharam atau lebih dikenali sebagai kawasan King Abdullah Gate di bahagian Shamia. Saya update hampir setiap hari di facebook dengan hashtag #diariramadan2R. Kalau belum berkesempatan nak baca, boleh juga pergi ke facebook dan taip hashtag tersebut ya. Inshaallah akan keluar diari ramadan saya yang lepas. 

Kalau pada entry yang lepas2 sempat saya bercerita serba sedikit tentang kelebihan mataf yang sedang berada di dalam pembinaan sekarang. boleh lihat link tersebut di sini.. 

Di kesempatan ini pula saya ingin berkongsi maklumat tentang kawasan King Abdullah Expansion ini. Sudah beberapa tahun dibuka terutama pada musim jemaah ramai lazimnya pada bulan ramadan dan musim haji. Projek ini bermula pada tahun 2011, walaupun belum siap sepenuhnya ia sudah mampu memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Pada saya bukan sahaja pada keindahan estetikanya namun dengan ketelitian pada pembinaannya dari aspek architecture mahupun kejuteraannya turut mampu membuatkan mulut melopong dan hati berbunga tatkala menyelusuri setiap ruang yang ada di situ. Ia juga dinobatkan sebagai projek pembesaran terbesar di dalam sejarah islam. Tidak lain tujuannya adalah untuk memberikan keselesaan optimum kepada tetamu-tetamu ALLAH yang bertambah saban tahun. 

Perluasan ini bukan sahaja melibatkan kawasan solat yang baru, malah ia juga merupakan pertambahan menyeluruh yang mengcakupi courtyards sekeliling masjid, service building yang baharu, central ulitity Complex (CUC), hospital, civil defense juga termasuk kelengkapan keselamatan, jambatan penghubung dan juga laluan pejalan kaki.

Pertambahan di bahagian utara di hadapan masjid lama yang melitupi keluasan sebanyak 1,500,00 m2 yang merangkumi keluasan 1,100,000m2 di bina. Bukan sahaja menitikberatkan seni keindahan islam, malahan ianya merupakan pembinaan 4 minarets yang tinggi melebihi 100m dan 2 darinya adalah monumen yang melebihi 400m. Sebagai penambahan, beberapa buah sliding domes yang bersize anggaran 16 to 36m dan juga 29m moveable skylite akan turut sama bakal menjadi keindahan yang mampu memukau pandangan bakal tetamu  ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri.

Saya amat tertarik dengan motto barisan kumpulan tenaga profesional yang terlibat dalam projek pembesaran tempat mulia kesayangan seluruh umat islam ini. Menurut mereka, untuk merealisasikan projek pembesaran yang bakal menjadi sejarah islam ini, kualiti itu perlu diterjemahkan di dalam design yang mampan, ketahanan, ketinggian standart, ketelitian dan juga pemilihan material yang kuat dan kukuh. 

Sebelum menyambung lebih lagi, kita rehatkan minda dengan melihat 3 gambar kawasan masjid King Abdullah gates yang saya ambil dari google ini. terima kasih kepada yang berkongsi gambar-gambar yang sangat indah untuk dilihat ini. 



gambar dari google 

pintu masuk utama.. (gambar dari google)

gambar dari google


Memukau bukan? Itu baru sahaja melihatnya di dalam gambar.. Apabila anda berada di situ sendiri, pasti akan tertegun dengan keindahannya! mashaallah tabarakallah. Terserlah ketelitian serta kehebatan gabungan pereka-pereka hebat seantero dunia yang menggabungkan idea mereka menjadikan ianya sebuah rekaan bombastik penuh dengan ciri keindahan rekaan islam! Yang pasti mereka adalah saudara islam kita yang dianugerahkan keistimewaan dan kelebihan untuk berkhidmat pada rumah ALLAH ini. 

Lebih istimewa apabila akses di dalam bangunan masjid baru nanti meliputi beberapa jenis akses. Ianya akan meliputi 4 jambatan yang akan menyambung kawasan yang baru dengan kawasan yang lama iaitu 4 jambatan penghubung yang akan menyambung service building ke bangunan baru dan juga 1 jambatan penghubung yang juga bakal menjadi penghubung di antara service building dan massa. 

Selain itu, akses lain di dalam haram area dan setiap level yang merupakan tangga, elavators dan lebih dari 500 escalators yang  berkemampuan untuk beroperasi selama 22 jam setiap hari! 

Tidak hanya itu, 4 buah terowong pejalan kaki dengan jumlah panjangnya adalah 4,200 m bersambung dengan service building dan menjadi laluan hubungan untuk ke AL-Hojoun dan jalan Jarwal. Di setiap terowong tersebut juga terdapat 2 terowong kecemasan. 

Pintu masuk utama pula akan mempunyai 2 gates utama dan juga 11 pintu kecil yang lain. Tidak ketinggalan, akan terdapat 2 helipads yang terletak di Hospital dan security building di Al-Hojoun. 

Setiap perjalanan mana-mana projek pembinaan pasti terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh barisan pekerja mengikut kepakaran mereka. Inikan pula di dalam projek yang bertapak di kota yang tidak pernah tidur ini. Di antara cabaran tersebut adalah mereka perlu menitik beratkan faktor keselamatan tetamu-tetamu ALLAH yang berada di sekitar masjid hampir setiap masa. Waktu bekerja sehingga 20 jam setiap hari, 120 jam seminggu dikuatkuasakan. Peraturan yang ketat terutama apabila kawasan jalan utama perlu ditutup 2 hingga 3 kali sehari ketika waktu puncak.

Bagi menjaga keselamatan awam apabila kerja-kerja pemecahan batu dijalankan secara letupan. Kepakaran mereka teruji lagi apabila perlu memastikan proses letupan terkawal dengan meminimakan pencemaran udara dan bunyi. 


Oleh kerana sumber air adalah sangat penting untuk kita semua, bahkan ia juga adalah keperluan utama untuk keselesaan jemaah, mereka perlu memastikan bahawa sumber air yang terdapat di kawasan sekitar terutama air zam-zam bebas dari sebarang pencemaran. Ternyata banyak faktor yang perlu diambil kira untuk menyempurnakan projek gergasi ini. Bukan mudah tanpa gabungan tenaga dan penggabungan idea tenaga pakar dan semestinya dengan izin ALLAH swt. 

Akhir sekali, di dalam perjalanan pembinaan sejarah islam terbesar ini, faktor ketahanan  adalah penting bagi memastinya penggunaannya adalah berpanjangan dengan keselamatan yang optima. Pengunaan marble yang berkualiti tinggi digunakan. Dome yang besar juga bakal dibina serta turut dilengkapi dengan caligraphy ayat2 al quran. Faktor ketahanan tersebut turut merangkumi ketahanan dari gempar bumi dan juga suhu yang sangat ekstreme di sini. Untuk dinding pula ianya merupakan concrete yang sgt kuat dengan ketahanan sebanyak 75Mpa dan telah diuji mampu bertahan sehingga ke 100Mpa! jenis stainless steel yang digunakan adalah yang terbaik terbukti tahan karat dengan kos efektif dan kos penyelenggaraan yang rendah. 


Saya nak belanja lagi gambar-gambar di kawasan King Abdullah Gates ini supaya kita sama-sama dapat menikmati seterusnya mensyukuri akan keindahan yang bakal di hadiahkan kepada pancaindera mata. :) Gambar-gambar ini hasil bidikan suami ketika bulan ramadan yang lalu. Tidak sempurna kerana photographer amatur, sekadar berkongsi keindahan. maaf ya.. ^_^





























































MashaALLAH tabarakALLAH.. 


Saya berhenti di sini ya.. terima kasih kerana sudi membaca.. semoga perkongsian ini menjadi titik tolak untuk kita sama-sama lebih menghargai akan usaha semua yang terlibat dalam menaiktaraf dan membesarkan masjidilharam seterusnya merealisasikan impian mereka untuk memberikan keselesaan kepada tetamu-tetamu ALLAH.. amin.. :) 

Kepada semua jemaah haji yang sudah tiba di kota suci mahupun yang sedang menghitung hari dan jam ingin berangkat, sekali lagi saya doakan agar semua urusan anda dipermudahkan serta pulang dengan haji yang mabrur. Allahumma aminn... 








Salam sayang, 

Masnira Ramli. 



5 comments:

  1. Masya Allah.

    eira doa kan saya dapat ke sana lagi ya ... plis plis plis

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih di malaysia..nanti pulang ke Makkah saya doakan ya... inshaallah.. :)

      Delete
  2. Ya Allah rindunya.
    Semoga kami sekeluarga akan menjadi tetamuNya lagi. Aamiin ya Allah

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Masnira. Salam perkenalan. Saya Kak Rohana Zainal Abidin. Ini kali pertama kak Ana buka blog Masnira. Saje2 klik cerita dari mekah. Mula2 saje nak tahu perkembangan terkini Jemaah haji musim ini, langsung terjumpa blog ini. Alhamdullillah, syukur kerana banyak cerita menarik dari blog Masnira. Terubat sikit rindu Kak Ana. Untuk pengetahuan Masnira, alhamdullillah thn lepas Kak Ana suami isteri telah selamat mengerjakan fardu haji.Walaupun sudah setahun berlalu tetapi hati dan perasaan kak Ana masih teruja dan termimpi2 lagi suasana disana.Rindu sangat. Semoga Allah menjemput kami kesana lagi bersama keluarga. Tolong doakan sama ye.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah .....ssungguhnya Allah itu Maha pemurah....mmberi rezki kpd kita semua tanpa had dgn keizinanNya

    ReplyDelete